Thursday, March 24, 2011

Nasi Dagang



Ini lah nasi dagang cubaan pertama kite...


dihidangkan bersama gulai ikan...


disamping acar lobak ni...hehe


Salam.. Alhamdulillah, kite dah lama terliur nasi dagang..so cari-cari resepi la..apa lagi kan..kan.. hehe.. Alhamdulillah semalam sempat jugak kite buatnye..tapi xder la plak beras nasi dagang..tapi kite guna pulut & beras biasa je la. Tapi kite tetap rindu nasi dagang nenek n mak kite kat kampung..air tangan dorang xsama ngan air tangan kite..huhu rindu kat ma n cek kat kampung tu..huhu

Nasi Dagang

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras pulut - direndam semalaman
  • 2 cawan beras-direndam semalaman
  • santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • sejemput halba
  • 1 1/2 inci halia-dihiris memanjang
  • 5 ulas bawang merah-dihiris
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
Cara-cara:

  • bersihkan beras dan beras pulut.
  • campurkan beras+pulut bersama
  • campurkan semua bahan-bahannya.
  • kukus sehingga masak.
  • lepas kukus, letak dalam periuk elektrik dan panaskan.
  • siap!!!
Gulai Nasi Dagang

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol-kite guna ikan selar kuning besar
  • santan pekat-3cawan air
  • 2 cili merah-dibelah dua
  • 1 biji tomato-potong empat
  • 2 biji timun-kite guna belimbing kecil
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 s/k lada hitam
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 15 cili kering (kite guna yg ready made-3 sudu besar)
  • 2 s/k serbuk kunyit
  • segengam kelapa parut (dikisar asing)
Cara-cara

  • masakkan santan bersama bahan kisar, asam keping & garam dalam periuk-kacau
  • bila kuah sudah mendidih, masukkan ikan-reneh seketika
  • masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut-kecilkan api
  • reneh dalam 20 minit hingga naik minyak
  • masukkan tomato-usik-usik kejap dan angkat.

Selamat mencuba!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...