Tuesday, March 22, 2011

Muhammad s.a.w memegang bendera di padang masyar


Di padang mahsyar nanti. ketika seluruh manusia yang oernah dilahirkan ke dunia, berkumpul di satu padang yang amat luas, maka Nabi kita, Muhammad s.a.w yang diberi tugas oleh Allah memegang panji atau bendera.
Rasulullah s.a.w bersabda;

"Ditanganku nanti bendera terpuji (kebanggaan) itu pada hari kiamat,tetapi bukan sombong." (HR.Tarmizi)

semua manusia akan dibangkitkan daripada kuburnya. tidak ada seorang manusia pun yang tertinggal. Allah akan membangkitkan manusia daripada kuburnya dengan satu panggilan sahaja, tiba-tiba manusia semua keluar daripada tanah seperti cendawan yang tumbuh di musim hujan.

Allah swt berfirman;

"Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati;apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempattidur kami?
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul. Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan)." (Yassin: 51-53)



seluruh manusia daripada segenap penjuru dunia dan zaman atau generasi, termasuk para nabi, wali dan ulama berkumpul di sana. Dalam keadaan yang amat mencemaskan itu, kerana masing-masing belum tahu nasibnya, maka Nabi Muhammad s.a.w yang ditugaskan Allah memegang panji kebanggaan itu. Rasulullah s.a.w ditugaskan memegang bendera sebagai lambang beliaulah yang menjadi pemimpin di sana.

Rasulullah s.a.w menutup kata-katanya dalam hadis itu dengan perkataan :"Tetapi bukan sombong." Rasulullah mungkin agak berat menceritakan hadis itu tetapi terpaksa juga disampaikan kepada umat. Berat menceritakannya kerna takut dianggap sombong atau bangga.

Memang peranan atau amanah yang diberikan Allah itu adalah sesuatu yang luar biasa. Dengan memegang bendera bererti Nabi Muhammad s.a.w dianggap sebagai Sayyidul Alamin, iaitu pemimpin seluruh alam. Keadaan seperti itu tidaklah menjadikan Rasulullah sombong sehinggalah terkeluar kata-kata beliau seperti di akhir hadis itu.

Semua nabi di bawah panji Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda;
"Tidak terkecuali seorang nabi pun pada ketika itu, termasuklah Nabi Adam dan yang lainnya, melainkan semua di bawah benderaku pada hari kiamat, tetapi bukanlah sombong."

Al-Bajuri dalam kitab Syarah Jauhar Tauhid, yang secara kesimpulannya mengatakan: "Junjungan kita Muhammad s.a.w adalah yang paling mulia daripada semua makhluk. Lebih mulia daripada para nabi, lebih mulia daripada para wali dan ulama, lebih mulia daripada malaikat, tokoh dan para pemimpin dunia dan manusia secara keseluruhannya."

Makhluk yang paling mulia menurut apa yang disimpulkan oleh Al-Bajuri itu ialah:
  1. Muhammad s.a.w
  2. Nabi Ibrahim
  3. Nabi Musa
  4. Nabi Isa
  5. Nabi Nuh (Semuanya disebut Ulul Azmi)
  6. Rasul-Rasul lain.
  7. Para Nabi. maksudnya nabi yang tidak sampai kepada darjat rasul.
  8. Malaikat Jibril
  9. Malaikat Mikail
  10. Malaikat lain yang mempunyai jawatan tinggi.
  11. Manusia yang mempunyai kelebihan seperti Abu Bakat, Umar, Usman dan Ali.
  12. Malaikat biasa. (saling berlainan darjat atau kedudukan disisi Allah)

No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...