Saturday, March 12, 2011

Oreo Cheesecake


"Ni my first Oreo cheesecake..nyumm..nyumm..nyumm.."




"Nampak sedap tak?"

Semalam kite first time cuba buat cheesecake.. Alhamdulillah..Encik Suami cakap menjadi..hehe dia kan jadi perasa makanan. Cheesecake ni kite buat untuk best friend kite punya birthday hari ni (12/03/2011)...Hariyani Mat Riah.. hope she like it..huhu

Tapi cheesecake ni lembut n cam aiskrim gitu..so mmg sesuai la dia dok dalam freezer..



"erm..sedap memang sedap tapi jaga-jaga, yang
kurus pun ley jadi tembam ni kalau makan banyak2..hehe"


Kite ambik resepi dari Coconutice@myresepi.com.. thanks ya.. kek ni mmg sedap n resepi anda mmg mudah dan menyenangkan kite yang ada anak kecik ni..hehe (maklum la, smua keje kena buat dgn cpt klu ade baby ni..huhu)

Ni resepinya...kite c&p yer..minta halal.. =)


"Secotek ni untuk baby..haha mama tlg makan yer..."


Bahan-bahan
  • :: BASE :: 120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair
  • :: FILLING :: (A)
  • 2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu

  • (B)
  • 250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara

  1. BASE: Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
  2. Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati.
  3. Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
  4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam
  5. :: Variasi Satu :: kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
  6. :: Variasi Dua :: kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas.


So, Cuba la yer..xrugi..Selamat mencuba!


2 comments:

NZ said...

mama asyik masak je kan. jeles.

JaMiLa said...

haha..makan untuk baby la auntie...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...