Sunday, May 22, 2011

Puteri Mandi


salam...dah lama kite xbuat kueh mueh ni.. sebenarnya dah lama terliur nak buat puteri mandi ni.. dulu-dulu bulan puasa memang terliur la tgk kueh ni tapi bila tiba masa berbuka puasa, pekena air kosong segelas, terus tak terliur plak tengok kecomelan kueh ni..hehe


semalam (21hb), paksu kite dari besut datang singgah kejap kat rumah kite. so apa yg nak dihidangkan??? tengok barang-barang apa yg ada kat dapur..urm..terus dapat idea nak buat puteri mandi ni. Alhamdulillah, xsusah pun sebenarnya...



okla..ni resepinya...kite copy & paste from hanahani5865@myresipi.com ye..minta halal ye kak....

Bahan-bahan ( 7-8 org makan )
  • 3 Cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • Perwarna merah, hijau & oren (buat 4 warna)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 senduk gula (ikut citarasa)
  • Air untuk larutkan gula
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
  2. Masukkan sedikit air (sedikit demi sedikit) dan gaul (dengan tangan yang bersih) sehingga tepung boleh di buat doh.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian & tambah perwarna ke setiap satu bahagian (di sini saya menggunakan perwarna hijau, merah, oren & original doh).
  4. Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya leper sedikit.
  5. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  6. Apabila doh tadi sudah TERAPUNG, angkat dan asingkan.
  7. Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
  8. Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati... Siap.... :)

2 comments:

HanaHoney said...

terima kasih sebab mencuba resipi akak..chewah, resepi yg akak post...dah lama x buat puteri mandi...cutenye puteri awak..letak gula merah ye?

JaMiLa said...

sama2..hehe a'a..sy letk gula merah..alhamdulillah sedap! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...