Monday, October 8, 2012

Hati Seorang Yang Tenang

Assalamualaikum...

hari ini kita nak berkongsi sedikit bahan ilmiah..jom kita periksa adakah kita merupakan insan yang mempunyai hati yang tenang...


Asas kebahagian bermula sari seorang suami yang beriman, isteri yang beriman dan anak-anak yang beriman. hanya orang-orang yang baik-baik sahaja boleh menjadikan hidup mereka berkualiti dan di redhai.



Wanita beriman @ baik mempunyai peribadi yang tinggi dan mulia. Hatinya suci, tahap imannya tinggi, amal ibadahnya banyak dan sangat menghormati suami. seorang wanita yang tenang dan berbahagia adalah seorang yang:


  1. selalu berada di rumah jika tiada urusan mustahak di tempat lain.
  2. selalu menggembirakan suami dengan layanan-layanan kelas satu.
  3. mudah tersenyum dan mudah meminta maaf apabila melakukan kesalahan.
  4. memelihara kehormatan diri.
  5. meminta izin suami sebelum melakukan sesuatu lebih-lebih lagi dalam soal membuat keputusan yang melibatkan dunia luar.
  6. menguruskan rumahtangga dengan ikhlas.
  7. tidak mendesak suami atau meminta yang bukan-bukan hingga menyusahkan suami.
  8. sentiasa menaruh malu pada suami.
  9. taat dan patuh kepada suami serta memberi perhatian kepadanya apabila dia bercakap.
  10. menjaga kecantikan dan kebersihan diri.
  11. lahirkan rasa bersyukur dengan apa yang ada.
  12. sentiasa merasa suami ada kelebihan.
Manakala seorang suami yang tenang dan berbahagia ialah seorang suami yang:

  1. Sentiasa faham tuntutan agama terhadap dirinya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.," Takutilah olehmu kepada Allah kerana semua perempuan adalah amanah Allah kepada kamu. Barangsiapa yang tidak menyuruh perempuannya mengerjakan solat dan tidak mengajar mereka ilmu fardu maka berlaku khianatlah dia kepada Allah dan Rasul-Nya.
  2. seorang yang lembut dengan isteri dan ahli keluarganya yang lain sebagaimana sabda Baginda s.a.w, "seorang mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang baik akhlaknya dan berlemah lembut dengan ahlinya (keluarganya).
"Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran ALLAH bahawa DIA menjadikan untukmu jodoh (suami/isteri) daripada jenismu sendiri, agar kamu memperolehi sakinah (ketenangan/kegembiraan) padanya, dan kemudaian DIA ciptakan antara kamu berdua cinta berahi dan kasih sayang. sesungguhnyapada yang demikian itu menjadi tanda bagi mereka yang mahu berfikir."

Ar-Rum, 31


hehe..saje je letak pict kite..=)


Rasa bahagia membuahkan sakinah dan menimbulkan kesetiaan yang tahan diuji. cinta perlu diusahakan agar sentiasa subur, membara dan stabil suhunya. penyakit perkahwinan moden ialah lekas dingin dan cepat bosan. kerana itu cinta perlu dirawat, dipupuk dan disirami agar tidak kering tetapi segar dan mekar. hal ini perlu diusahakan oleh kedua-dua belah pihak suami dan isteri. tidak mungkin bahagia dapat dicapai jika satu pihak sahaja yang berusaha sedangkan yang satu lagi tidak.

kelalaian merawat cinta akan membahayakan perkahwinan. justeru, rawatlah selalu cinta dengan binaan-binaan sayang dan kemesraan.


Motivasi Diri Wanita
Hm.Tuah Iskandar


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...