Monday, October 8, 2012

Tips Mengawal Marah

Assalamualaikum...

Antara tips-tips untuk mengawal diri ketika marah adalah:


  1. Ingatlah Allah
    • ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak suka pada si pemarah.sebagai hamba, kita tidak layak berasa marah apalagi memarahi orang tanpa sebab munasabah. siapa kita untuk memarahi prang lain, sedangkan kita sendiri banyak kekurangannya.
  2. Sirami rasa marah dengan wudhuk
    • peranan utama marah datangnya dari syaitan. syaitan diciptakan daripada api dan api hanya mampu dipadam dengan air. oleh itu, ambillah wudhuk supaya api syaitan terpadam dari tubuh anda.
  3. Tengok wajah anda di cermin
    • Alangkah buruknya wajah anda tatkala marah. Lihatlah muka yang merah, hidung yang kembang kempis dan mata yang menyala itu. anda sangka orang berasa takut melihat keadaan anda begitu? bagaimana kalau orang merasa lucu?
  4. Kuncikan bibir dan diam dahulu
    • terasa hendak marah juga, diam sejenak. tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan. anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa.
  5. Ubah kedudukan anda
    • jika ketika itu anda sedang berdiri, duduklah. jika sedang duduk, berbaringlah dan jika masih marah juga beredarlah ketempat lain. bawa-bawa hati ke tempat yang lapang, tengok keindahan alam.
Jika kesemuanya telah dilakukan tetapi masih terasa hendak marah juga, itu tandanya anda dikawal emosi dan bukan anda mengawal emosi. 

No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...