Monday, November 4, 2013

Chicken Papcurry (Masakan Thailand)

Assalamualaikum..
lama dah kite xshare resepi..bukan apa..kamera dah rosak..lepas tu nak ambil gambar agak xsempat..ni pun pinjam hp husband..kira ok la..boleh la shoot picturenya.huhu

ok, pernah dengar tak papcurry? ni ala-ala paprik la. first yang bagi resepi ni kawan saya (Kak Suraya). mak mertuanya ajar. so saya tanyalah nenda saya time balik berpantang hari tu..Dia cakap kat Thailand di sebut papcurry (my nenda kawen dgn atok---atok org Narathiwat---my mom lahir di Thailand---berhijrah ke Malaysia time perang kt Thailand----my auntie still menetap di Narathiwat, Thailand-----kite taw cakap Sawadikap jer..hehe---rugi x belajar bahasa Thailand dgn arwah ayah dulu sebab ayah saya fasih cakap Thai---kecik2 dulu selalu dengar lagu Thai---Chang rakter kot tajukknya--hehe) panjang pula asal galur nya..hehe

ok..resepinya simple dan mudah serta cepat! Ya..setelah ber-anak dua ni..memang simple,mudah dan cepat menjadi keutamaanku..huhu



Bahan-Bahan

  • Ayam dipotong dadu
  • Serbuk kari - 3 sudu makan
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Bawang Merah - 4 biji
  • cili padi- 3 biji
  • cili merah- 1 biji
  • bunga kubis
  • lobak
  • 5 helai daun limau
  • 1 batang serai- diketuk
  • garam&gula secukup rasa.

Cara-Cara


  • tumis bawang merah+putih hingga naik bau. masukkan serbuk kari. kacau hingga naik minyak
  • masukkan ayam-gaul hingga ayam masak
  • masukkan serai, cili padi-gaul
  • masukkan sayur-sayuran, daun limau dan cili  merah.
  • gaul semua hingga masak
  • masukkan garam, gula secukup rasa.

Selamat Mencuba!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...