Monday, November 4, 2013

Spagetti




Assalamualaikum..

Entry ni kite nak share resepi spagetti. Actually ni feveret Muhammad. So kalau datang mood dia susah nak makan, so kite buat la spagetti untuk dia. (ibu mana tak risau anaknya kurang makan kan..kalau boleh biar dia kenyang, kite pun tenang.)

Kite zaman remaja dulu memang xmakan spagetti ni. Memang tak berselera lah. Spagetti ni kite rasa sedap dimakan pun start tahun ni (2013)..tapi yang kite makan spagetti Pizza Hut tu tawar la plak..so nak yang sedap, kite buat sendiri je kat rumah..sesedap rasa. ha..puas hati! hehe

ok ni ya resepinya, nak borak panjang-panjang kepala dah pening ni sebabnya cafe ni still open..dah nak masuk subuh pun customer xreti-reti nak balik lagi..haih..sambil tunggu customer balik ni, kite update la blog yang dah lama tak ter-update ni..

ok..jom buat spagetti..aduhai..lapar la plak..




Bahan-Bahan

  • Spagetti
  • Sos Spagetti Kimball
  • Puri Tomato Ayam Brand
  • Bawang Putih-3 ulas (diracik)
  • Bawang Besar-1 biji (potong dadu)
  • Daging Lembu Kisar
  • Daging ayam-didadukan
  • Cheese - 5 keping (didadukan)
  • Cendawan Butang (potong nipis)
  • Mayonis (5-6 sudu makan)
  • Garam & Gula
Cara-Cara

  • rebus spagetti : caranya masukkan spagetti dalam periuk, masukkan air, garam dan minyak masak sedikit---ini bagi mengelakkan spagetti menjadi lembik dan melekat-lekat apabila sudah ditoskan. masak hingga spagetti lembut dan tos kan.
  • tumis bawang putih, bawang besar.
  • setelah wangi masukkan daging kisar-gaul hingga daging kelihatan agak masak, masukkan ayam-gaul.
  • setelah ayam agak masak, masukkan puri tomato, sos spagetti-kacau rata dan biarkan seketika.
  • masukkan cendawan, cheese dan mayonis-kacau dan biarkan seketika.
  • masukkan garam dan gula secukup rasa. siap! sedapppppp...

-mayonis ditambah supaya lebih rasa lemak-lemak, sedap gitu taw..nnt kalau nak letak carrot pun ok..sedap jugak..tambah plak tomato yang didadukan..tu pun menambahkan kelazatannya juga..so selamat mencuba.

wassalam.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...