Saturday, March 5, 2011

Potato Soup & Garlic Bread

Dah lama kite rasa nak buat sup ala-ala sup campbell ni..n hari tu pusing2 la dalam room blogger2 ni..Alhamdulillah kita jumpa resepi yang sangat mudah n nampak sedap..so kite cuba..n Alhamdulillah..Encik Suami kata sedap..dah macam makan yang pizza hut punya dah..Alhamdulillah..boleh la wat utk breakfast..lagipun cpt dan mudah..so..sila la cuba ya..


Sup Kentang @ Potato Soup..


Bahan-Bahannya:
  1. 2 biji kentang (buang kulit) potong kiub
  2. Daun Saderi - 3 batang (potong kecil)-kite xtambah sebab xder plak daun ni..
  3. Bawang Besar- 1 biji (cincang halus)
  4. Bawang Putih- 1 biji (cincang halus)
  5. Serbuk gulai daging- 1 sudu teh
  6. Mentega- 1 sudu besar
  7. garam dan lada putih secukup rasa
  8. susu sejat-1 tin
Cara-Caranya:
  1. Rebus kentang dan daun saderi dengan sedikit air. jika ada herba, masukkan sedikit. (kita xder)
  2. Goreng bawang besar, bawang putih dengan sedikit mentega- goreng jangan sampai perang, biar lembap-lembap je terus toskan.
  3. Bawang-bawang tadi dicampurkan dengan 1 sudu serbuk kari, garam dan lada putih di dalam blander.
  4. apabila kentang sudah lembut, tutup api. masukkan kentang dan saderi, tanpa rebusannya ke dalam blander tadi.
  5. Tambah 1 tin susu sejat ke dalam blander dan blend sampai lumat.
  6. untuk lagi sedap, setelah blend, panaskan sekali lagi sebelum dihidangkan..so yummy!
Sup ni kite makan dengan Garlic Bread. kite xder la plak roti perancis yang panjang-panjang tu, so kite guna roti gardenia je..hehe

Garlic Bread...

Bahan-Bahannya:
  1. Beberapa keping roti gardenia
  2. 2 ulas bawang putih-cincang halus
  3. 4 sudu makan mentega -dicairkan
Cara-caranya:
  1. Campurkan bawang putih cincang ke dalam mentega cair. Kacau.
  2. Sapukan pada kepingan roti.
  3. panggang atas kuali hingga garing dan wangi..
Selamat mencuba!!!



No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...